Nama beliau adalah Umar bin Abdurrahman bin
Agil bin Salim bin Ubaidullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Syeikh al Ghauts
Abdurrahman as-Seggaf bin Muhammad Maulah Dawilah bin Ali bin Alawi al Ghoyur
bin Sayyidina al Faqih al Muqaddam Muhammad bin Ali binl Imam Muhammad Shahib
Mirbath bin Ali bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Imam al
Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad an Naqib binl Imam Ali al Uraidhi bin Jaafar
as Shadiq binl Imam Muhammad al Baqir binl Imam Ali Zainal Abidin binl Imam
Hussein as Sibith binl Imam Ali bin Abi Thalib dan binl Batul Fatimah az-Zahra
binti Rasullullah S.A.W.
Asal dinamakan ‘Al Attas’Kata al-Faqih Abdullah bin Umar
Ba’ubad:“Beliau dinamakan al-Attas yang bermaksud bersin, kerana beliau pernah
bersin ketika masih berada di dalam perut ibunya”. Kata al- Habib Ali bin
Hassan al-Attas: “Sebenarnya apa yang diucapkan oleh Syeikh al-Faqih Abdullah
bin Umar Ba’ubad adalah benar, hanya saja menurut khabar yang paling benar
dikatakan bahawa pertama kali bersin ketika masih berada di perut ibunya adalah
Habib Aqil yang terkenal hanya Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas, sehingga
berita itu hanya dikenal pada diri beliau dan anak beliau dan anak cucu Aqil
dan Abdullah, saudara beliau. Sedangkan anak cucu Sayyidina Aqil bin Salim yang
lain dikenal dengan nama keluarga Aqil bin Salim”.Berkata al-Habib Ali bin Hassan: “Tidak
henti-hentinya didengar dari mereka suara bersin di perut-perut sebahagian ibu
waktu demi waktu, sebagaimana yang diberitahukan oleh isteriku, seorang wanita
solehah. Syeikha binti Sahal bin Abi Bakar bin Syaiban bin Ahmad bin Ishaq,
katanya: “Pada suatu hari sewaktu aku duduk bersama Sharifah Fatimah bin Habib
Muhammad Basurah Ba’alawi, waktu itu aku sedang mengandung puteramu yang
bernama al Hasan yang pertama, aku terdengar ia bersin ketika ia masih di dalam
perutku, aku dan Sharifah Fatimah mendengar suara bersin itu dengan jelas, dan
ia dilahirkan pada waktu 1147 H, tetapi ia wafat waktu masih kecil”.Al Habib Ali bin Hussain al-Attas
menyebutkan di dalam kitabnya Ta’jul A’raas juz pertama halaman 40. bahawa di
Mekah pernah didengar suara bersin ddari anak yang masih di dalam perut ibunya,
tentunya kejadian itu termasuk kejadian karamah yang diakui oleh kalangan Ahlu
Sunnah, sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab Tauhid dan Aqoid
mereka beserta dalil-dalilnya yang terkenal yang bersumber dari al-Quran dan
as-Sunnah.Imam Nawawi pernah menyebutkan di dalam
kitabnya Riyaadhus Shalihin di dalam bab al-Karamat. Disebutkan dalam kitab itu
sebuah hadith yang memberitakan kisah seorang rahib yaang bernama Juraij, yang
kerananya Allah menakdirkan seorang bayi bercakap-cakap untuk memberikan
kesaksian tentang diri Juraij, tentunya bersin ketika seorang bayi masih di
dalam kandungan ibunya tidak berbeza jauh dengan seorang bayi yang bisa
bercakap-cakap setelah ia lahir, kejadian-kejadian semacam ini tidak sulit bagi
Allah sebab Allah Maha Kuasa untuk mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki.
Kelahiran dan tempat diasuhnyaBeliau dilahirkan di desa Lisk dekat dengan
desa Ainat, di bahagian bawah negeri Hadhramaut, di akhir abad ke-10, tepatnya
pada tahun 992H. Sejak kecilnya beliau diasuh dan dididik oleh ayah beliau
sendiri, al-Habib Abdul Rahman bin Aqil. Meskipun mata beliau buta sejak kecil,
tetapi Allah memberinya kecerdasan otak dan pandangan hati ( Bashirah ),
sehingga beliau mudah menghafal apa saja yang pernah didengarnya.Ayah beliau, al-Habib Abdul Rahman bin Aqil
pernah berkata pada Syeikh Abdurrahman bin Aqil al-Junied Bawazir yang dikenal
dengan panggilan al-Mu’allim: “Hendaknya anda lebih banyak memberikan perhatian
kepada Umar, kerana kedua matanya tidak dapat melihat”. Jawab Syeikh
Abdurrahman: “Meskipun kedua mata Umar tidak dapat melihat, tetapi pandangan
Bashirahnya dapat melihat, disebabkan hatinya bersinar”.Sejak kecil beliau anak yang tekun
beribadah, hidup zuhud berpaling dari dunia dan sejak kecil sudah terlihat
tanda-tanda kebesaran pada diri beliau. Sejak kecil, beliau sering ke kota
Tarim dari dusunnya Lisk dan melakukan sholat dua rakaat di setiap masjid yang
ada di kota Tarim, bahkan kadang menimba air dari sumur untuk mengisi
kolam-kolam masjid.Di masa kecilnya, beliau senantiasa
dibimbing oleh ayah beliau dan guru-guru beliau, misalnya al-Habib Hussien,
al-Habib Hamid, al-Habib Muhdhor, putra-putra Saiyidina Syeikh Abu Bakar bin
Salim yang sering dikunjungi oleh ayah beliau, iaitu al-Habib Abdul Rahman bin
Aqil.
Ayahanda Habib Umar al-AttasAl-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah
seorang Arif Billah, seorang ulama yang taat menjalani hukum-hukum Allah,
beliau tokoh para wali terkemuka, beliau pernah menerima ilmu dan wilayah dari
pamannya, iaitu Syeikh abu Bakar bin Salim, pamannya yang satu ini amat cinta
kepada Sayyid Abdul Rahman dan kepada ayah beliau iaitu al-Habib Aqil. Al-Habib
Aqil adalah saudara sekandung dengan Syeikh abu Bakar bin Salim, yang mana
Syeikh Abu Bakar bin Salim ada menyebut tentang saudaranya yang satu ini:“Apa yang ada di Wali Masyhur ( iaitu
dirinya ), tidak lain hanyalah berkat Wali Mastur ( iaitu saudaranyaa yang
bernama Aqil )”Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah
seorang yang mulia, suci dan hati yang bersih, beliau sering mengunjungi Wadi
Amed dan Wadi Kaser, penduduk kawasan-kawasan itu senantiasa menghormatinya,
mengagungkannya dan memohon barakah beliau. Beliau mempunyai pelbagai karomah,
di antaranya adalah pada suatu hari beliau berkunjung di suatu desa yang ada di
Wadi Amed. Ketika itu hujan turun lebat sehingga beliau berkata kepada untanya:
“Pergilah engkau dan carilah sebuah tempat berteduh dan akupun akan berbuat
yang sama dan besok kita bertemu di desa Qaran bin Adwan”. Keesokan harinya
ketika beliau tiba di desa Qaran, maka beliiau tidak mendapati untanya,
sehingga beliau bertanya kepada pembantunya: “Ke manakah perginya unta?” Tetapi
sang pembantu tidak dapat menemukannya. Pada keesokan paginya, unta itu datang
lengkap dengan barang-barangnya.Ketika al-Habib Abdul Rahman wafat di kota
Huraidhah, maka al-habib Umar menyuruh pembantunya untuk membantu pencari tanah
yang cocok untuk dijadikan sebagai kuburan ayahnya, akhirnya sang pembantu
mendapatkan sebidang tanah yang ditandai dengan sebuah tiang dari cahaya,
akhirnya al-Habib Abdul Rahman dimakamkan di temppat tersebut. Biasanya jika
al-Habib Umar berziaraah ke makam ayahnya, maka beliau bercakap-cakap dengan
ayah beliau dari balik kubur.Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil bernikah
dengan dua orang wanita, iaitu Syarifah Muznah binti Muhammad bin Ahmad bin
Alawi al-Jufri. Syarifah ini adalah bondaa bagi al-Habib Umar dan
saudara-saudara sekandungnya, iaitu al-Habib Abdullah dan al-Hababah Alawiyah.
Selanjutnya beliau bernikah dengan seorang wanita ddarri Yemen dari keluarga
al-Bathouq salah satu dari kabilah Bani Ahmad iaitu Arobiyah binti Yamani
Bathouq. Isteri beliau yang kedua ini melahirkan beberapa orang anak di
antaranya Aqil, Sholeh, Musyayakh dan Maryam.Pada umumnya beliau berdomisili di Lisk,
tetapi beliau sering berkunjung ke Ainat, Tarim, Wadi Amed, al-Qaser dan Do’an.
Akhirnya beliau ditakdirkan ppindah di Huraidzah beberapa saat sebelum beliau
wafat iaitu bertepatan ketika al-Habib Umar telah mendapat petunjuk dari kedua
guru beliau iaitu al-Habib Hussein adn al-Habib Hamid putra Syeikh Abu Bakar
bin Salim untuk pindah ke Huraidzah. Di desa Huraidzah inilah beliau wafat.
Bonda Habib Umar al-AttasBonda
beliau berrnama Syarifah Muznah binti Muhammad bin Alawi al-Jufri. Bonda beliau
termasuk seorang yang shalih. Dikisahkan bahawa putra Syarifah Muznah meninggal
dunia dalam usia kecil, ia bernama Ahmad. Setelah beberapa hari dari saat
kematiannya, maka ada seekor burung kecil berwarna hijau yang sering datang
mengunjungi Syarifah Muznah ini, sampai beliau berkata. “Jika engkau adalah ruh
putraku yang telah wafat, amak ddatanglah ke tanganku”. Setelah Syarifah Muznah
menghulurkan tangannya, maka burung kecil itu hinggap ke tangannya dan
menciumnya, kemudian beliau melepaskannya kembali, sehingga burung itu terbang
dari tangan beliau.
(bersambung .......)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar